Selamat Hari Polis Ke-216
Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis pada hari ini, Khidmat Malaysia mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Polis yang ke-216 kepada semua anggota polis dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian dalam menjaga kemakmuran negara.
Sabda Nabi s.a.w:
رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا
“Ribat (berkawal di sempadan) sehari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.” (Hadis Sahih Bukhari)
Sewajarnya semua pihak memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pasukan ini dan setiap anggotanya sesuai dengan peranan dan sumbangan yang telah mereka curahkan. Moga mereka beroleh pahala murabitun sebagaimana disebut dalam Hadis Nabi s.a.w. merujuk kepada mereka yang mewakafkan diri menjaga sempadan negara dari ancaman musuh.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH