Banjir surut di Sri Medan
BATU PAHAT, 14 Mac – Keadaan banjir yang surut di Mukim Sri Medan, Batu Pahat, Johor, “menimbulkan” semula kenderaan – kenderaan penduduk yang ditenggelami air, sejak awal bulan ini.
Tinjauan di sekitar Mukim Sri Medan, berhampiran Kampung Parit Simis, mendapati beberapa kereta berada dalam keadaan separuh tenggelam kerana hanyut semasa banjir.