Ops Cuci giat dijalankan di Yong Peng

10 Mac 2023: Operasi mencuci rumah terus giat dijalankan sejak semalam di kawasan perumahan yang terjejas akibat banjir di Yong Peng, Ayer Hitam. Tugasan dibantu oleh petugas Jabatan Amal Malaysia Negeri Teregganu bersama NGO T-Volt (Terengganu Volunteer) seramai 150 orang.

65 orang petugas telah melakukan operasi mencuci di 10 buah rumah di Taman Selatan dan 6 buah rumah di Kg Hj Mian pada kelmarin, manakala seramai 85 orang petugas lagi menyambung operasi mencuci di 10 buah rumah di Taman Selatan pada hari ini.

Óperasi hanya dapat dijalankan di Taman Selatan dan Kg Hj Mian kerana keadaan air di perumahan sekitar masih belum surut. Juga turut serta Jabatan Amal Malaysia Kluang seramai 5 orang pada hari ini 10 Mac 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *