Kunjungan kontinjen Khidmat Malaysia Kuala Terengganu ke Bilik Operasi Khidmat Malaysia Segamat

Alhamdulillah, pada hari Khamis 09 Mac 2023 semalam, kami telah menerima kunjungan daripada YB Ahmad Amzad bin Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu bersama kontinjen Khidmat Malaysia Kuala Terengganu ke Bilik Operasi Khidmat Malaysia Segamat.

Dalam kunjungan tersebut, YB telah bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan berupa 400 pek beras 5kg, 8 guni toto (96 unit) serta 1000 karton air mineral.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB dan seluruh kontinjen Khidmat Malaysia Kuala Terengganu atas sumbangan yang diberikan.

InsyaAllah Khidmat Malaysia Segamat dengan kerjasama Segamat Care akan mengagihkan sumbangan ini kepada seluruh warga Segamat yang terkesan akibat banjir.
– Khidmat Malaysia Segamat

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *