Banjir: Tujuh masjid dijadikan PPS

Seramai 1,024 mangsa daripada 213 keluarga terjejas banjir ditempatkan di tujuh buah masjid di negeri ini yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

Masjid yang dijadikan PPS itu terletak di Parit Yaani, Sri Medan dan Semerah di Batu Pahat.

Dua masjid di Sri Medan terpaksa ditutup selepas air banjir mula memasuki kawasan masjid petang Isnin.

Kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan telah pun dipindahkan ke beberapa tempat di kawasan Pekan Sri Medan.

Mencadangkan agar masjid dapat diwartakan sebagai PPS pada masa akan datang bagi memudahkan pengurusan mangsa sekiranya penempatan sementara mangsa penuh.

Sewaktu tinjauan dilakukan, banyak rumah di kampung berdekatan Pekan Sri Medan ditenggelami air menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Oleh itu, penduduk dinasihatkan berhati-hati dan berpindah segera ke PPS demi keselamatan diri dan keluarga.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *