Khidmat Malaysia terus prihatin mangsa banjir negeri Kelantan

Pasir Mas – Khidmat Malaysia terus giat melaksanakan usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dengan lawatan kerja ke kawasan terjejas. Pagi semalam, Pengerusi Khidmat Malaysia, YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary bersama Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil, turun padang meninjau perkembangan gerak kerja di lapangan sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini, sumbangan orang ramai sebanyak RM5,000 telah disalurkan kepada Khidmat Malaysia kawasan-kawasan bagi membantu operasi bantuan. Selain itu, barangan keperluan asas yang dikumpul hasil derma mula tiba hari ini, dan dijangka lebih banyak bantuan dan tenaga mencuci dari Khidmat Malaysia Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan akan tiba pagi ini, insya-Allah.

Pengarah Operasi Khidmat Malaysia, Mohd Nazree, turut serta untuk memastikan kelancaran misi bantuan. “Kami sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan, baik dari segi kewangan mahupun barangan keperluan. Semoga usaha ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir,” ujar Khairul Faizi.

Khidmat Malaysia mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada masyarakat demi memastikan bantuan dapat diberikan kepada semua yang memerlukan. Bagi mereka yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun rasmi Khidmat Malaysia.

Akaun Bank Maybank (No. Akaun: 562384542866) atau Akaun Bank Islam (No. Akaun: 12225010037517). Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-56553427 (Hotline).

Sumbangan juga boleh dibuat dilink:

https://infaqpay.my/plus/khidmatmalaysia-sumbangan

Khidmat Malaysia bertekad untuk terus memainkan peranan aktif dalam membantu mangsa bencana di seluruh negara.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *