Khidmat Malaysia agih 150 pek kakanan kepada mangsa banjir di Alor Setar

Alor Setar, 7 Disember – Khidmat Malaysia terus menunjukkan komitmen dalam membantu mangsa banjir apabila mengagihkan 150 pek makanan kepada keluarga terjejas di tiga kampung dalam Alor Setar, iaitu Kampung Pumpung, Kampung Suka Menanti, dan Kampung Alor Mengkudu.

Agihan yang berlangsung dari jam 5.30 petang hingga 6.45 petang tadi menyaksikan kehadiran Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Turut menyelaras misi bantuan ini ialah Setiausaha Khidmat Malaysia Negeri Kedah, Saifuddin Hassan.

Semua pek makanan ini telah disusun dan disediakan di Bilik Gerakan Negeri Khidmat Malaysia Negeri Kedah sebelum diagihkan kepada keluarga yang memerlukan. Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir, terutamanya dalam menyediakan keperluan asas harian.

Khidmat Malaysia komited untuk terus berada di barisan hadapan membantu rakyat dalam situasi bencana. Usaha ini merupakan sebahagian daripada misi berterusan badan tersebut untuk memastikan tiada keluarga yang tertinggal dalam menerima bantuan.

Mangsa-mangsa yang menerima pek makanan turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada Khidmat Malaysia atas keprihatinan yang ditunjukkan.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *