MAJLIS PELEPASAN PASUKAN SUKARELAWAN KHIDMAT MALAYSIA BERSAMA NGO PASCA BANJIR KE KELANTAN

GOMBAK, 6 Disember 2024: Alhamdulillah selesai Pelepasan Pasukan Sukarelawan Khidmat Malaysia bersama NGO dan Mahasiswa bagi bantuan banjir di Kelantan yang diadakan di Pusat Perdagangan Selaseh, Gombak Selangor.

Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Shafie bin Ngah ADUN Sungai Ramal merangkap Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor dan YDP PAS Kawasan Bangi, seterusnya turut dihadiri Tuan Hj Sabirin Marsono iaitu Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Selangor merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor, Tuan Mohd Ashrul Hisyam bin Abdul Jalil iaitu Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat dan Tuan Shehdi Hazrik bin Shamsudin iaitu Timbalan Pengarah 1 Khidmat Malaysia Negeri Selangor.

Pasukan sukarelawan yang terdiri daripada beberapa NGO seperti Cinta Gaza Malaysia, Rahmat Care, Syabab Care dan juga mahasiswa iaitu Siswa PAS juga turut terlibat membantu sebagai sukarelawan bagi misi bantuan ini.

Jabatan Amal Selangor dan juga Briged Muslimat Bangi tidak terkecuali dalam penglibatan sebagai Pasukan Sukarelawan Pasca Banjir ke negeri Kelantan.

Doakan semoga segala urusan berjalan lancar dan perjalanan semua Pasukan Sukarelawan ke negeri Kelantan dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang insya-Allah.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *