BACHOK JADI DAERAH PERTAMA DILANDA BANJIR KELANTAN

Gambar – Harakahdaily

KOTA BHARU: Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir apabila 40 mangsa telah dipindahkan susulan hujan berterusan sejak tiga hari lalu.

Berikutan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telahpun dibuka di Bachok lewat petang semalam bagi menampung mangsa banjir pertama itu.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir daripada 11 keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Sementara itu mengikut laporan info bencana banjir pula setakat pukul 11:18 malam tadi, Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan paras amaran (2.3m) dengan bacaan 2.39 meter, bagaimanapun trend menurun.

Sungai Golok Rantau Panjang Pasir Mas pula mencatat bacaan 8.43, juga melebihi paras amaran (8m). – HARAKAHDAILY 23/11/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *