BANJIR: 66 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS DI PERAK

Kuala Lumpur, 22 Nov (Bernama)- Sebanyak 66 mangsa banjir daripada 30 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama hari ini setelah beberapa kawasan di dearah itu dinaiki air.

Jawatan Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Simapng Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pula memaklumkan paras air Sungai Perak pula memaklumkan paras air Sungai Perak di Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak di HuluPerak berada pada paras amaran iaitu setinggi 165.55 meter (m) berbanding paras normal 165.10m.

Pada masa sama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kebanyakan dearah di Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar serta Kinta diramalkan berlaku ribut dan hujan pada sebelah petang serta malam. -BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *