Lebih 1,000 mangsa banjir di 8 PPS Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat malam ini dengan lebih 1,000 mangsa di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri itu.
Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), seramai 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi.
“PPS di Kuching ialah Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok, SJKC Chung Hua Batu Kawa, SJKC Chung Hua Sungai Tengah dan Dewan Taman Malihah.
“PPS di Bau ialah Balai Raya Kampung Senibung dan Dewan Kampung Segong, manakala PPS SK Pasir Tengah di Lundu,” menurut kenyataan itu.