Tiga PPS dibuka di Kuching dan Bau, tempatkan 356 mangsa banjir
KUCHING: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kuching dan Bau yang menempatkan 121 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 356 mangsa banjir setakat jam 11 pagi.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, tiga PPS berkenaan adalah dua di Kuching dengan satu di Bau.
“Bagi di Kuching ia menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sinar Budi, yang ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru iaitu 82 KIR dengan 194 orang mangsa.
“Sementara mangsa banjir di Desa Wira ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Stapok yang melibatkan 23 KIR dengan 98 mangsa,” katanya.
Di Bau, juga mangsa banjir dari Kampung Segong telah ditempatkan di PPS Dewan Kampung Segong dengan 16 KIR dan 64 orang mangsa.