KHIDMAT MALAYSIA LAWAT PPS DI PAHANG
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil telah mengadakan lawatan ke Pahang hari ini bagi meninjau keadaan bencana banjir yang berlaku di sana.
Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bermula di Felda Jengka 17 yang terletak di dalam Parlimen Kuala Krau dan berakhir di PPS Kampung Ulu Liut di Parlimen Maran.
Beliau telah diiring oleh Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat Ashrul Hisham Abdul Jalil dan Ustaz Ramli Awang Abdul Rahman (Pengarah KM Pahang), Rohaya Razali (Bendahari KM Pahang) dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Khidmat Malaysia Pahang dan kawasan Maran.
Ahli Parlimen Maran Dato’ Seri Dr Ismail Abdul Mutalib, ADUN Luit Mohd Sofian, Abdul Jalil Fazil Azmi Nadzri (YDP PAS kawasan Maran) dan beberapa orang pimpinan kawasan telah meluangkan masa untuk bersama dalam pertemuan dengan penduduk di PPS Kampung Ulu Luit.
Kedua-dua PPS ditutup pada hari ini dan kebetulannya selepas lawatan Khidmat Malaysia ke sana.
Di Pahang, sebanyak 21 PPS telah dibuka ketika ini dengan melibatkan 1077 orang mangsa dan trend banjir menunjukkan sedang menurun ketika ini.