Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Setakat jam 8 malam ini, seramai 149 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di enam daerah berbanding 516 mangsa membabitkan 129 keluarga di 10 PPS jam 2 petang tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, satu PPS di daerah Marang iaitu di SK Rusila menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga ditutup petang tadi.

Seramai 69 mangsa dari 18 keluarga dibuka di dua PPS di daerah terbabit iaitu di SK Rawai terdapat 27 mangsa tujuh keluarga dan di SMK Merchang seramai 42 mangsa membabitkan 11 keluarga.

Jumlah mangsa di Kuala Terengganu sedikit bertambah dengan 269 mangsa membabitkan 71 keluarga berada di dua PPS.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Atal Tol menempatkan 237 mangsa daripada 63 keluarga manakala di SK Gong Tok Nasek masih kekal seramai 32 mangsa membabitkan lapan keluarga.

Mangsa di Besut juga meningkat kepada 181 orang membabitkan 38 keluarga berlindung di SK Kuala Besut berbanding 31 mangsa daripada enam keluarga petang tadi.

Di Kuala Nerus, jumlah mangsa kekal satu PPS saja dibuka bagi menempatkan 34 mangsa membabitkan enam keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Batu Rakit.

Di Kemaman kekal menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga di PPS dewan orang ramai Kampung Labohan, Kemaman.

Bagi Dungun, dua PPS dibuka menempatkan 62 mangsa membabitkan 12 keluarga di SK Tok Kah seramai 30 orang daripada enam keluarga manakala 32 orang daripada enam keluarga berlindung di Balairaya Kampung Pelandang.

Ketika ini hujan di beberapa kawasan di Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *