Mewakili seluruh Ahli Lembaga Pengarah Khidmat Malaysia, kami mengucapkan Tahniah buat YB Datuk Dr. Haji Ahmad Ustaz Marzuk Shaary , Pengerusi Khidmat Malaysia atas kejayaan memperoleh Doktor Falsafah – Akademi Pengajian Islam sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke 63.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
“Dan orang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-Ankabut:69)

Semoga Allah memberkati segala keringat YB Datuk yang dikerah sepanjang pertempuran dalam menuntut ilmu. Terus memberi khidmat dan sumbangan buat ummah dan Islam pada masa mendatang dan semoga dengan kejayaan ini dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada semua.

Sir’ru ala Barakatillah.

Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana ALLAH

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL, KMN
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *