Sumbangan dana bencana ribut di Jerlun

Sekurang-kurangnya 36 buah rumah rosak selepas dilanda ribut dan belalai air di Kodiang, Jerlun semalam. 20 daripadanya dikategorikan dalam kes teruk, manakala 16 lagi dikategorikan dalam kes ringan.
Susulan hujan lebat serta puting beliung yang melanda Kubang Pasu, beberapa rumah telah terjejas dan mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian bumbung.
Khidmat Malaysia kawasan Jerlun yang diketuai oleh En. Radzi Bin Mat Isa telah turun ke misi bantuan mangsa ribut pada tengahari tadi bagi membantu baikpulih rumah yang mengalami kerosakan dan membersihkan kawasan perkampungan yang ditimpa musibah.
Khidmat Malaysia mengajak dan menyeru seluruh masyarakat yang prihatin dan dermawan untuk sama-sama kita menyumbang bagi membantu mereka di sana.
Sumbangan boleh disalurkan pada:
Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana (Khidmat Malaysia)
– 12225010037517 (Bank Islam)
– 562384542866 (Maybank)
Link: https://infaqpay.my/plus/khidmatmalaysia-sumbangan
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 011-56553427 (Hotline)




