Ramah mesra KM bersama Ahli Parlimen Narathiwat

Khidmat Malaysia telah melawat Kampung Sri Aman, projek penempatan semula penduduk tepi Sungai Golok yang menjadi mangsa bencana banjir saban tahun dan juga penduduk terlibat dengan projek tebatan banjir Sungai Golok.

Kampung Sri Aman menempatkan 200 rumah yang lebih tersusun dan bebas banjir diuruskan dengan baik oleh Kerajaan dan para penduduk.

Kemudian, kami berkunjung ke Pejabat Ahli Parlimen Narathiwat bagi sesi ramah mesra bersama Ahli Parlimen Sungai Narathiwat Daerah 3, Tuan Amin Mayusoh dan Ahli Parlimen Narathiwat Daerah 4; Tuan Samphan Mayusoh bersama wakil rakyat Bahagian (DUN) dan Ahli-ahli Perbandaran dimanfaatkan dengan berkongsi pengalaman dan isu-isu semasa di sempadan.

Sesi ramah mesra diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *