KM melawat tapak insiden mercun di Mundok, Thailand

Mundok, Thailland, 2 Oktober 2023.

Delagasi Khidmat Malaysia di bawa ke tapak insiden letupan gudang mercun yang berlaku pada 30 Ogos yang lalu di Mundok, Thailand.

Sebanyak 22 rumah di Kampung Bukit Lata rosak akibat kesan letupan stor penyimpanan mercun di pekan Mundok, di sebelah Thailand yang bersempadan bandar ini, dalam kejadian jam 4.10 petang.

Sekurang-kurangnya sembilan dilaporkan mati, manakala puluhan lagi mangsa cedera selepas stor menyimpan bunga api dan mercun dekat Pasar Mundok di sebelah Thailand yang bersempadan dengan pekan ini.

Keseluruhan tapak kejadian telah dibersihkan sepenuhnya untuk pembinaan semula rumah penduduk oleh pihak Kerajaan.

Penempatan sementara untuk mangsa-mangsa letupan adalah di rumah saudara mara.

YB Kaklah sempat ditemuramah ketika dan mengajak orang ramai memberi bantuan dan panjatkan doa khusus buat saudara se Islam yang terlibat dalam kebakaran sebagai sokongan moral walaupun berlainan negara agar.

YB juga berharap agar kerjasama yang baik terus terjalin antara 2 kerajaan (Kerajaan Kelantan & Thailand) termasuk NGO untuk sama bantu-membantu memudahkan urusan.

Kami juga berpeluang melawat tapak projek tebatan banjir Sungai Golok.

Turut mengiringi juga YB Ahli Parlimen Narathiwat dan Datok Bandar Mundok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *