Lawatan Kerja Pengerusi Khidmat Malaysia ke Johor
Pengerusi Khidmat Malaysia YB Dato’ Hajjah Siti Zailah binti Mohd Yusoff telah turun ke negeri Johor untuk kali yang Keempat semalam untuk menghadiri beberapa aktiviti seperti berikut ;
i. Meninjau Dapur Rakyat di Sri Gading sepanjang Ramadhan ini yang dikelola oleh Yayasan Amal Malaysia.
ii. Ziarah ke 3 buah rumah mangsa di Parit Bakong, Senggarang.
iii. Serahan beras 1000 kampit dan iftar bersama Khidmat Malaysia Johor.
Secara keseluruhannya Pengerusi Khidmat Malaysia sangat berpuas hati dengan pengurusan bencana banjir di Johor dan komitmen di peringkat PAS kawasan juga dapat dilihat semasa penyerahan sumbangan beras kepada Khidmat Malaysia.
YB Kak Lah diiringi oleh Ketua Pengarah dan Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil dan Ashrul Hisham
#KhidmatMalaysia #BerkhidmatUntukKemanusiaan #BeramalKeranaAllah