BANJIR JOHOR : TUMPUAN KE DAERAH BATU PAHAT

1. Melalui laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) malam tadi dab hasil tinjauan ke beberapa Bilik Operasi (BO) Khidmat Malaysia semalam, jumlah mangsa di negeri Johor terus menurun dengan jumlah seramai 19,041 orang masih ditempatkan di 75 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

2. BO kawasan Ayer Hitam di Yong Peng, Parit Sulong di Sri Medan dan Rengit di Batu Pahat terus diaktifkan walaupun Johor telah memulakan sesi persekolahan telah bermula hari ini.

3. Semalam, operasi Pembersihan diteruskan di Sri Medan dan Yong Peng serta Parit Raja manakala di Senggarang, aktiviti pembersihan tidak dapat diteruskan kerana masih banyak kampung yang bergenang dengan air banjir sehingga kini. Lawatan ke Pintu Air Sungai Senggarang petang semalam mendapati bahawa operasi mengepam air untuk menangani “banjir termenung” di daerah Batu Pahat khususnya diharapkan akan dapat diselesaikan sebelum tiba Ramadan.

4. Perbincangan juga diadakan bersama Penyelaras Khidmat Malaysia kawasan Batu Pahat dan kawasan Parit Sulong bagi memastikan bahawa Operasi Pembersihan dapat diteruskan walaupun di dalam bulan Ramadhan nanti.

5. Bilik Gerakan Negeri (BGN) Johor yang telah di buka sejak 17 hari yang lalu turut di minta untuk teruskan beroperasi kerana penyelaras petugas dan bantuan sumbangan dari luar Johor perlu di susun dengan rapi.

6. Khidmat Malaysia akan teruskan komitmen membantu mangsa bencana banjir di Johor. Walaupun Daerah Batu Pahat menjadi tumpuan namun keadaan banjir di daerah lain terus dipantau. Begitu juga dengan perkembangan yang melanda negeri Pahang dan Sarawak yang sedang dilanda banjir kilat ketika ini.

7. Sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.

8. Hulurkan sumbangan anda ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir dan sukarewalan yang terlibat.

9. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan para petugas dan sukarelawan serta mangsa banjir yang terkesan dengan bencana banjir ini.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *