Penyerahan bantuan dari KM Kedah

Terima kasih kepada Khidmat Malaysia negeri Kedah untuk kali Ketiga turun menyerahkan bantuan barangan, kewangan dan sumbangan tenaga sukarelawan. Diketuai oleh Mohd Nakhaie Naka sebagai Ketua Kontinjen dan YB Ustaz Nurul Amin Hamid. Majlis penyerahan tersebut telah berlangsung di Bilik Gerakan Negeri Simpang Renggam.
Turut sama hari ini Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Ustaz Abdullah Husin Pesuruhjaya PAS Johor, sdr Aziz Abdullah (Pengarah KMNJ), Haji Jubri Selamat & Khairul Anuar Ahmad Kamil (Timbalan Pengarah KMNJ), Mohd Sanusi Mat Yah (Setiausaha KMNJ) dan Cikgu Selamat Bin Ujud (Bendahari KMNJ).
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERKHIDMAT KERANA ALLAH


