Wilayah Persekutuan memberikan sumbangan barangan dan tunai bernilai RM 30 ribu kepada KM Johor

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM30 Ribu kepada Khidmat Malaysia (KM) Johor bagi membantu mangsa banjir yang terjejas akibat musibah berkenaan.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP), Ustaz Azhar Yahya bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Pengarah Khidmat Malaysia (KM) Wilayah Persekutuan, Tuan Rashidi Abd Razak dan Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 3, Haji Abu Bakar Abdul Rahman telah ke Bilik Operasi KM di Simpang Renggam bagi menyampaikan sumbangan kepada PJ PAS Johor yang diwakili oleh TPJ PAS 1, Cikgu Roslan.

Turut hadir, TPJ PAS 3, Dr. Karim dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Tuan Abdul Aziz yang juga Pengarah KM negeri Johor.

Antara sumbangan yang dibawa adalah wang tunai daripada BPPWP sebanyak RM3000, kawasan Batu RM 2000, dan barangan keperluan asas seperti makanan, telekung, lampin pakai buang, kain tuala, barangan kebersihan diri dan lain-lain.

Setelah selesai, PJ bersama delegasi Wilayah Persekutuan bergerak ke Bilik Operasi KM Sri Medan, Parit Sulong bagi menyerahkan sumbangan kepada wakil Khidmat Malaysia Sri Medan dan mangsa-mangsa banjir.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *