Banjir Johor makin pulih

Setakat 8 pagi tadi, seramai 42,638 daripada 12,049 keluarga direkodkan terjejas berbanding 42,770 orang daripada 12,159 keluarga malam tadi.

Semua mangsa banjir ditempatkan di 155 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang masih terjejas.

Kini tinggal Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat yang masih terjejas dengan banjir.

Jumlah mangsa banjir secara keseluruhan di empat daerah ini menunjukkan penurunan walaupun Batu Pahat mencatatkan penambahan jumlah mangsa banjir pagi ini.

Setakat ini terdapat 39,870 mangsa banjir (11,128 keluarga) yang masih ditempatkan di 115 PPS di Batu Pahat.

Manakala di Muar, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,457 orang (443 keluarga) di 16 PPS.

Tangkak dan Segamat juga mencatatkan penurunan mangsa banjir masing-masing 949 orang (378 keluarga) di 10 PPS dan 362 mangsa banjir (100 keluarga) di 14 PPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *