KHIDMAT MALAYSIA BANTU MANGSA BANJIR DI BINTULU

1.Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan bahawa keadaan cuaca ekstrem bakal melanda Sarawak dan kawasan utara Semenanjung dalam tempoh terdekat. Berpandukan kepada analisis model-model cuaca, didapati bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak dari 17 hingga 19 Februari berpotensi untuk menghasilkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan yang terlibat.
2.Sudah tentu, bagi mereka yang pernah terlibat dengan bencana banjir khususnya yang menghadapinya sebagai mangsa banjir dalam tempoh yang terdekat sebelum ini, ia bukanlah satu berita yang menyenangkan kerana trauma akibat banjir mengakibatkan pelbagai kesan psikologi terhadap mangsa.
3.Negeri Sarawak baharu sahaja dilanda bencana banjir yang mana banjir kali ini melibatkan kebanyakkan tempat di seluruh negeri Bumi Kenyalang ini. Hanya kawasan Sibu, Mukah dan Miri sahaja yang masih membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan keseluruhan 205 mangsa dari 66 Keluarga yang masih berada di PPS pada pagi ini.
4.Bintulu adalah Kawasan yang paling Teruk terjejas sehingga ia disifatkan sebagai bencana terburuk pernah berlaku di daerah yang juga dikenali sebagai ‘bandar minyak dan gas’ dalam tempoh 30 tahun. Melalui Laporan yang disiarkan di dalam media, terdapat beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan serta loji penghasilan produk petrokimia. Kediaman penduduk bukan hanya ditenggelamkan oleh air banjir malah kelengkapan rumah seperti peti sejuk, peti sejuk beku dan sofa turut dihanyutkan. Malah, terdapat banyak kereta mangsa juga hanyut di bawa oleh arus banjir.
5.Pelbagai bentuk bantuan telah dsalurkan oleh pihak Kerajaan mahupun pihak NGO serta pihak Swasta. Pada 31 Januari, Kerajaan Pusat telah mengumumkan bantuan tunai segera RM 1,000 kepada mangsa banjir di Sabah dan Sarawak. Dana tambahan sehingga RM 20 juta atau RM 24 jura bagi memperbaiki kerosakan besar yang berlaku akibat banjir ini juga telah disediakan.
6.Khidmat Malaysia juga mengambil tindakan segera semasa peringkat awal bencana banjir ini berlaku. Pada 29 Januari, satu kenyataan media telah dikeluarkan bagi menyatakan solidariti terhadap mangsa banjir di Sarawak dan Sarawak. Pelancaran kutipan dana dan sumbangan telah dilancarkan. Khidmat Malaysia juga telah mengarahkan supaya Bilik Gerakan Negeri (BGN) dan Bilik Operasi Kawasan (BOK) dibuka segera. Beberapa NGO yang diselaraskan di bawah Khidmat Malaysia telah pun turun membantu mangsa banjir di Bintulu.
7.Beberapa faktor utama dikenal pasti sebagai penyebab utama bencana ini.
a. Pertamanya, dilaporkan bahawa hujan lebat turun tanpa henti yang mengakibatkan air naik mendadak. Telah dicatatkan bahawa sebanyak 400 milliliter telah turun di Bintulu yang menyebabkan sungai tidak mampu untuk menampung kapasiti air yang menyebabkan ianya melimpah. Met Malaysia sebelum itu telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap (bahaya) di negeri Sarawak bermula 27 Januari sehingga 31 Januari dengan perairan negeri ini dijangka mengalami air pasang besar disertai tiupan angin Monsun Timur Laut yang lebih kuat.
b. Keduanya adalah disebabkan fenomena air pasang besar yang telah memburukkan lagi keadaan yang mana ia menghalang air banjir daripada mengalir ke laut, menyebabkan kawasan rendah di bandar dan luar bandar tenggelam sepenuhnya.
c. Ketiganya adalah disebabkan kerana kelemahan sistem perparitan dan tebatan banjir. Sistem saliran di beberapa kawasan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dalam masa singkat. Parit yang tersumbat serta longkang yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan air bertakung lebih lama dan melimpah ke kawasan kediaman. Ahli Parliment Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengakui bahawa isu ini berlaku dalam menggesa supaya projek mendalamkan dasar Sungai Sebiew perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana banjir yang teruk berulang di bandar Bintulu.
8.Malam tadi, saya dan Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat tiba di Bintulu untuk mendapatkan maklumat perkembangan operasi yang telah dilaksanakan dalam tempoh 10 hari pertama bencana banjir berlaku. Hari ini, tinjauan ke kawasan-kawasan yang telah terjejas dengan bencana banjir akan dibuat sebagai tindakan susulan.
9.Bencana banjir yang berlaku di Bintulu dan Sarawak ini membuka satu lebaran baharu kepada Khidmat Malaysia untuk mempertingkatkan lagi peranan dan memperkemaskan struktur organisasi Khidmat Malaysia di Sarawak.
10.Bencana banjir di Bintulu ini perlu dijadikan tanda aras kepada kita semua bahawa bencana banjir boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apa yang penting adalah kesiapsiagaan untuk menghadapinya dan tahap kewaspadaan perlu terus dipertingkatkan.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Bintulu, Sarawak
13 Februari 2025