Ramalan cuaca signifikan – MET Malaysia
Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sarawak dan Sabah dalam tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.
MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa pada 8 hingga 11 Disember 2024.
Manakala, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 8 hingga 12 Disember 2024.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH