Khidmat Malaysia Hadir Solat Jenazah Mangsa Lemas di Sungai Tanjung Pauh

Jitra, 3 Disember 2024 – ADUN Jitra, YB Dr. Haim Hilman, merangkap Timbalan Komandan Khidmat Malaysia kawasan Kubang Pasu hadir ke solat jenazah Allahyarham Ismail Hashim selepas solat Maghrib semalam, sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mangsa yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Tanjung Pauh.

Allahyarham, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di SMK Bandar Baru Darulaman, dilaporkan hilang dua hari lalu sebelum ditemui pagi semalam sekitar jam 7.15 pagi. Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses pengurusan selanjutnya.

Berita pemergian Allahyarham Ismail Hashim mengundang kesedihan ramai, terutama rakan-rakan dan komuniti sekolah yang mengenali beliau sebagai seorang yang ceria dan ramah.

YB Dr. Haim Hilman turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat termasuk anggota BOMBA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan sukarelawan yang bertungkus-lumus dalam usaha mencari dan menyelamat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi ini. Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat keluarga dan masyarakat,” katanya.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *