Relawan Khidmat Malaysia Bersama Jabatan Amal Dungun Laksana Operasi Pembersihan di Dungun

Dungun, 3 Disember 2024 – Relawan Khidmat Malaysia, bersama Jabatan Amal Dungun dan pasukan , hari ini melaksanakan kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah sekitar Dungun yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Operasi ini melibatkan pembersihan sisa lumpur, perabot rosak, dan kawasan persekitaran yang terjejas. Aktiviti ini bertujuan membantu mangsa banjir memulihkan keadaan kediaman mereka dengan lebih cepat dan selesa.
Penduduk setempat menyambut baik inisiatif ini, yang bukan sahaja meringankan beban mereka tetapi juga memupuk semangat perpaduan dalam komuniti. Usaha para relawan mendapat pujian atas komitmen tinggi mereka dalam membantu mangsa banjir.




