KENYATAAN MEDIA : AMARAN HUJAN BERTERUSAN DIKELUARKAN, KHIDMAT MALAYSIA ARAH AKTIFKAN BILIK GERAKAN NEGERI

  1. Petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berterusan sehingga 23 November 2024, melibatkan beberapa kawasan di seluruh negara. Ia juga disusuli dengan kenyataan ramalan awal banjir negeri-negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia supaya penduduk di kawasan yang terlibat berwaspada dan berjaga-jaga.
  2. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, Amaran Hujan Berterusan (BURUK) berkuat kuasa dari hari ini hingga 23 November 2024, melibatkan kawasan-kawasan berikut:
    • Pahang (Kuantan, Pekan, dan Rompin)
    • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi)
  3. Selain itu, Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) juga telah dikeluarkan bagi kawasan-kawasan berikut, yang berkuat kuasa hingga 23 November 2024:
    • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh)
    • Terengganu
    • Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, dan Bera)
  4. Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan lain yang berkuat kuasa sehingga 20 November 2024, iaitu:
    • Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol, dan Tampin)
    • Melaka
    • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, dan Johor Bahru)
  5. Sehubungan dengan amaran tersebut, Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia telah mengeluarkan arahan supaya semua Khidmat Malaysia di peringkat negeri yang terlibat seperti yang telah dinyatakan untuk segera mengaktifkan Bilik Gerakan Khidmat Malaysia Negeri bagi memantau keadaan semasa dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga.Ini bertujuan untuk memastikan kesiapsiagaan dan tindakan segera sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini akibat hujan lebat yang berterusan.
  6. Khidmat Malaysia juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga- jaga bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.
  7. Bagi melancarkan usaha Khidmat Malaysia menangani bencana yang dijangka melanda negara di musim tengkujuh ini, kami merayu kepada semua pihak agar dapat menghulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia); (Maybank: 5623 8454 2866) atau 12225010037517 (Bank Islam) untuk membantu mangsa bencana dan sukarelawan yang terlibat. Sumbangan juga boleh salurkan di link: https://infaqpay.my/go/khidmatmalaysia.
  8. Segala urusan berkaitan dengan BGIB dikendalikan oleh Ketua Bilik Gerakan, Tuan Ashrul Hisyam Abdul Jalil dan boleh dihubungi di talian 019-9538531 manakala sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.
    Sekian.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil,

KMN Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
18 November 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *