Mantan Pengerusi Khidmat Malaysia Kemalangan.
Petang tadi, mantan Pengerusi Khidmat Malaysia YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff telah mengalami kemalangan jalanraya ketika sedang dalam perjalanan ke satu program iftar bersama anak-anak yatim.
Beliau, suami dan seorang anak yang mengiringi telah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil telah menziarahi beliau ketika di wad kecemasan.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan kepada YB Kak Lah dan keluarga dan dipermudahkan segala urusan.