Kekal sihat ketika cuaca panas di bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang mengalami cuaca panas. Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata dalam tempoh ekuinoks yang menyaksikan jangka masa siang dan malam adalah sama, matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa dalam proses pergerakan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara.

Beliau berkata dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa tersebut.

“Selepas 20 Mac kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa termasuk di Malaysia, jadi kita menjangkakan suhu akan kekal tinggi hingga April sebab kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa,” katanya.

Kesan daripada cuaca panas ini akan memberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Hal ini lebih merisaukan apabila berlakunya kes kematian akibat strok haba di Malaysia, lebih-lebih lagi buat ibu bapa dengan anak kecil.

Bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan ketika bulan Ramadan ini bagi memastikan tubuh sentiasa terhindar daripada masalah dehidrasi.

Ini 7 panduan penjagaan diri semasa musim panas di bulan Ramadan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  1. Memakai topi atau payung ketika berada luar untuk melindungi pancaran haba terus ke badan.
  2. Pastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis.
  3. Pastikan diri terhidrat dengan minum air secukupnya dari waktu berbuka hingga bersahur.
  4. Memakai pakaian yang longgar ringgan dan berwarna cerah.
  5. Lebihkan masa di rumah dan hadkan aktiviti di luar.
  6. Elakkan berada di dalam kenderaan tertutup ketika penyaman udara tidak dihidupkan.
  7. Kurangkan minum minuman berkafein dan bergula

Ikuti panduan ini bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim panas ini.

Sekian.

YB Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi
Penolong Pengarah Operasi (Rehabilitation)
KHIDMAT MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *