PERMUKIMAN KHIDMAT MALAYSIA KALI KELIMA CAPAI OBJEKTIF

Bergambar selepas Perasmian Pembukaan dan Perasmian Penutup Permukiman Khidmat Malaysia Pusat yang berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan pada 16-17 Februari 2024.

Perasmian Pembukaan disempurnakan oleh YB Rohani Ibrahim, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita kerajaan Kelantan manakala Perasmian Penutup oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.

Kedua-dua mereka adalah pimpinan PAS di Kota Bharu ; DS Taki adalah YDP PAS kawasan KB manakala YB Kak Ani adalah Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan KB.

Alhamdulillah, banyak dapatan sepanjang Permukiman ini, apa yang penting adalah untuk merealisasikan dapatanΒ² tersebut.

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan petugas yang telah berikan komitmen yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *