Majlis Perasmian Permukiman Khidmat Malaysia

Nak tolong orang kena bencana banjir, ditimpa kebakaran atau apa sahaja bentuk bencana, tidak boleh semberono, kena ada perancangam, kena ada plan tindakan dan startegi yang diatur secara kolektif.

Hari ini berlangsung Pemukiman Khidmat Malaysia di Kota Baharu Kelantan selama dua hari dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Hajah Rohani Binti Ibrahim yang juga beliau adalah Pengarah Khidmat Malaysia Kelantan.

Turut hadir Pengerusi Khidmat Malaysia YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary dan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil

Khidmat Malaysia sudah menjangkau 10 tahun usianya, pada tahun 2022-2023, Khidmat Malaysia telah memberikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu sebanyak RM2 juta lebih yang melibatkan 7886 orang anggota.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *