FASA RELIEF : KHIDMAT MALAYSIA SASAR 10 RIBU KAMPIT BERAS

Bencana banjir yang melanda negara khususnya di Kelantan dan Terengganu hampir berakhir apabila kesemua mangsa banjir di Terengganu telah pulang ke kediaman masing-masing manakala hanya tinggal 26 orang mangsa yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan To’Deh, Rantau Panjang Kelantan.

Khidmat Malaysia kini memfokuskan kepada fasa bantuan (relief) dan pemulihan (rehabilition)

Mengikut rekod yang diselenggarakan di Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia, terdapat kira-kira 28 ribu keluarga terjejas sepanjang bencana banjir berlaku di Kelantan sejak November tahun lalu.

Di Rantau Panjang, 16,335 keluarga telah terjejas akibat bencana banjir ini. Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang di bawah Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusof telahpun menyampaikan sebanyak 7,620 bakul makanan dan masih banyak bakul makanan masih diperlukan.

Di Parlimen Tumpat, sebanyak 7,250 keluarga terjejas dengan bencana diikuti dengan Parlimen Pasir Mas (3000 keluarga) dan Kuala Krai (1,905 keluarga). Bencana banjir juga melibatkan beberapa Parlimen lain seperti di Bachok dan Jeli.

Berdasarkan perkembangan yang telah dikemaskini daripada negeri-negeri yang terlibat dengan bencana
banjir, terdapat beberapa persediaan yang perlu diatur untuk operasi relief dan rehabilitation.

Bagi operasi relief keperluannya adalah beras, bantuan perubatan, Dapur Rakyat dan barangan keperluan rumah (toto, hygiene kit) manakala untuk operasi rehabilitation, Khidmat Physiological First Aid akan diberikan tumpuan.

Orang ramai yang ingin menyumbang, boleh disalurkan kemelalui Akaun Bank Maybank (No. Akaun: 562384542866) atau Akaun Bank Islam (No. Akaun: 12225010037517). Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-56553427 (Hotline).

Link: https://infaqpay.my/plus/khidmatmalaysia-sumbangan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-56553427 (Hotline).

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAN, BERAMAL KERANA ALLAH”

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL, KMN
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
Tarikh : 20 Jamadil Akhir 1445H / 2 Januari 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *