MANGSA BANJIR MENINGKAT NAIK DI KELANTAN

Sehingga pukul 2.00 petang ini, dilaporkan seramai 3,259 orang mangsa banjir telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diselenggara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (Info Bencana JKM).

Semua mangsa dari 1,026 buah keluarga dari Jajahan Tanah Merah, Bachok dan Pasir Mas telah dipindahkan di 13 PPS manakala laporan yang diterima dari Bilik Gerakan Khidmat Malaysia Negeri Kelantan, hujan masih turun dan kemungkinan lebih ramai lagi mangsa bencana banjir akan dipindahkan.

Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia akan terus memantau perkembangan di sana.

Semua petugas dan sukarelawan Khidmat Malaysia di seluruh negara mestilah bersiap sedia untuk menerima arahan selanjutnya.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
3 Disember 2023, 2.20 petang.


Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia kini diaktifkan, sebarang pertanyaan, boleh hubungi 011-56553427 (Hotline).

Sumbangan boleh disalurkan pada:
Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana (Khidmat Malaysia)
– 12225010037517 (Bank Islam)
– 562384542866 (Maybank)
Link: https://infaqpay.my/plus/khidmatmalaysia-sumbangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *