MESYUARAT PENUH AHLI LEMBAGA PENGARAH KHIDMAT MALAYSIA KALI PERTAMA : KHIDMAT MALAYSIA BERSIAP SIAGA MENGHADAPI BANJIR

KUALA LUMPUR – Khidmat Malaysia telah bermesyuarat Ahli Lembaga Pengarah buat kali pertama pada sesi kali ini semalam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Musim Monsun Timur Laut (MTL) telah bermula di Terengganu, Kelantan dan Perak, air banjir mulai melanda ke negeri negeri Pantai Timur terutamanya. Jangkaan Met Malaysia bermula 11 November 2023 hingga Mac 2024 dan dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

Berkesinambungan daripada itu, Khidmat Malaysia bersiap siaga dan telah membuka Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) bermula seawal bulan November ini. Diperingkat negeri negeri, Bilik Gerakan Negeri telah dibuka dan diperingkat kawasan Bilik Operasi telah beroperasi.

Agenda utama pada mesyuarat kali ini adalah bencana banjir dan kesiapsiagaan Khidmat Malaysia di peringkat pusat, negeri dan kawasan bersedia dalam setiap fasa-fasa bencana, rescue, relief dan rehabilitation.

Pada kali ini juga menampilkan beberapa muka baharu, terutama pengarah-pengarah di peringkat negeri dan beberapa ahli lembaga pengarah. Tahniah diucapkan atas pelantikan dan selamat berkhidmat.

Bagi dermawan yang berhasrat untuk menyumbang untuk bencana banjir, boleh salurkan pada link berikut.

https://infaqpay.my/plus/khidmatmalaysia-sumbangan

Atau di akaun Maybank

5623 8454 2866

PERTUBUHAN PENGURUSAN KECEMASAN BENCANA MALAYSIA (KHIDMAT MALAYSIA)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *