83 mangsa banjir di Perak masih di PPS

Seramai 83 orang daripada 23 keluarga mangsa banjir di Kinta dan Kerian masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 84 orang daripada 24 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan, memaklumkan seorang mangsa di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A di Kinta telah pulang ke kediamannya menjadikan hanya lapan orang daripada satu keluarga berada di PPS itu.

“Di Kerian, 18 orang daripada tiga keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 57 orang daripada 19 keluarga di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan kesemua 12 daerah di negeri ini dijangka berlaku hujan pada sebelah petang dan malam.

_____________________________________________________________

Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia kini diaktifkan, sebarang pertanyaan, boleh hubungi 011-56553427 (Hotline).

Sumbangan boleh disalurkan pada:

Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana (Khidmat Malaysia)

– 12225010037517 (Bank Islam)

– 562384542866 (Maybank)

Link: https://infaqpay.my/plus/khidmatmalaysia-sumbangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *