Bumbung SMK Munshi Abdullah di Melaka diterbangkan ribut

Persediaan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah untuk pelajarnya menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula Isnin ini, terjejas selepas bumbung bangunan di sekolah tersebut rosak akibat dibadai ribut petang tadi.

Dalam kejadian 2.40 petang, angin kuat dengan hujan lebat itu telah menjejaskan tujuh blok bangunan di sekolah tersebut, terutamanya Blok C selepas bumbungnya diterbangkan sehingga menampakkan rangka kayu bahagian dalam siling tersebut.

Bagaimana pun Pengetuanya Ramli Abdullah berkata beliau bersyukur kejadian itu berlaku pada bukan waktu sekolah, manakala hari sukan sekolah dan program kelas tambahan yang diadakan dengan kehadiran dua guru dan tujuh pelajar, telah selesai lebih awal.

β€œTiada kecederaan dilaporkan dan setakat ini didapati lapan kelas, satu bilik guru dan makmal serta pejabat yang terdapat di Blok C itu, terjejas agak teruk. Untuk tindakan selanjutnya, kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengetahui status keselamatan bangunan yang terjejas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *