BILIK GERAKAN INFO BENCANA (BGIB) KHIDMAT MALAYSIA DIAKTIFKAN

Semalam, Khidmat Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk memberikan arahan supaya semua jentera dan sukarelawan bersiap siaga menghadapi bencana yang bakal melanda pada bila-bila masa.

Menurut info dari portal MetMalaysia, hujan lebat akan mula turun pada pertengahan bulan hadapan, maknanya tempoh masa jangkaan sudah semakin hampir.

Pagi ini, Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) diaktifkan di bawah kendalian Ketua Bilik Gerakan Ashraul Fauzan selaku Setiausaha Khidmat Malaysia.

Sebagai sebuah NGO, Khidmat Malaysia mengharapkan sumbangan daripada semua pihak. Hulurkanlah sumbangan anda ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir dan sukarewalan yang terlibat.

Sumbangan juga boleh salurkan di link ; https://toyyibpay.com/sumbangan-umum-bencana

Sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.

Pelbagai info mengenai banjir akan disiarkan ke laman web rasmi Khidmat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *