Misi bantuan banjir ke Baling
Semalam, Pengerusi Khidmat Malaysia Datoβ Siti Zailah Mohd Yusoff telah meluangkan masa menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Baling.
Turut mengiringi ziarah tersebut adalah Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan, Ketua Muslimat Baling, Ustazah Hapsah Abdullah, Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat, Mohd Ashrul Hisyam, Pemuda PAS Kawasan Baling dan AJK Muslimat Kawasan Baling.
Sebanyak 10 buah rumah yang sempat diziarahi di Kg. Sadek dan Kg. Tanjung.
Ketika diziarah, kesemua mangsa yang terkesan sudah mula tinggal di kediaman masing-masing dan kawasan rumah telah dibersihkan.
Antara sumbangan yang berjaya di agihkan dalam misi bantuan kali ini adalah pek barangan asas dan wang tunai kepada mangsa yang terkesan.
Situasi semasa air tenang susulan cuaca yang tidak hujan pada ketika itu.