6 nasihat ketika musim jerebu.

1. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
2. Pakai pelitup muka ketika berada di luar atau kawasan terbuka.
3. Elakkan sumber pencemaran alam seperti merokok.
4. Pastikan udara sekeliling bersih, buka kipas atau penghawa dingin.
5. Sentiasa cuci tangan dan muka apabila kembali dari kawasan luar atau terbuka.
6. Kurangkan aktiviti di luar bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu.

Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Mari sebarkan untuk kebaikan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *