Kunjungan hormat ke Narathiwat
Petang semalam Khidmat Malaysia diketuai Pengerusi Khidmat Malaysia YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil telah berkunjung ke Narathiwat bertemu Pegawai Daerah di sana.
Kunjungan hormat adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengurusan bencana banjir di sana.
Secara umumnya cara pengendalian atau SOP mereka tidak banyak perbezaan dengan kita tapi ada beberapa perkara yang menarik untuk dipelajari.
Kunjungan ini adalah permulaan kepada lawatan rasmi ALP Khidmat Malaysia dalam masa terdekat, insya Allah.