Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh

IPOH: Laluan A021 Jalan Kubu Gajah-Sumpitan di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama sembilan hari bermula Isnin, 25 September hingga 3 Oktober.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan, penutupan sementara jalan tersebut adalah disebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa jalan di laluan A021 Jalan Kubu Gajah-Sumpitan di daerah LMS ditutup kepada semua kenderaan mulai Isnin, 25 September jam 10 pagi hingga Selasa, 3 Oktober jam 11.59 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *