Khidmat Malaysia Pusat melabuhkan tirai

SHAH ALAM – Khidmat Malaysia Pusat melabuhkan tirainya dengan mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Pelancaran Manual Pengurusan & SOP Khidmat Malaysia dan penyerahan Sijil Penghargaan kepada semua ALP pada 15 September 2023.

Semuanya dilangsungkan di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri Selangor di Shah Alam dengan kehadiran ALP, Pengarah Khidmat Malaysia Negeri-Negeri dan NGO.

Mesyuarat ALP kali ke-5 ini memfokuskan kepada persiapan bagi menghadapi bencana banjir yang kebiasaan akan berlaku menjelang akhir tahun.

Pengerusi Khidmat Malaysia, YB Hajah Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff mengingatkan supaya KM perlu mempersiapkan ketahanan jiwa dan kemahiran masing-masing dalam berdepan dengan bencana yang tak diduga seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya.

Pengerusi Khidmat Malaysia juga telah melancarkan Manual Pengurusan & SOP Khidmat Malaysia. Manual ini sebagai rujukan rasmi untuk melicinkan pentadbiran dan akan menjadi rujukan kepada pengurusan organisasi Khidmat Malaysia di semua peringkat.

Turut berlangsung sesi penyampaian sijil penghargaan kepada semua ALP sebagai tanda menghargai komitmen yang telah diberikan sepanjang sesi ini.

Sebanyak 47 aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi ini, termasuk yang bakal dilaksanakan iaitu Pelancaran Skuad Sukarelawan Khidmat Malaysia dan Infaq Istiqamah di Parlimen Jempol pada 8 Oktober nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *