Gempa bumi magnitud 5.3 melanda Sulawesi Tengah

JAKARTA: Gempa bumi berukuran magnitud 5.3 menggegarkan Sulawesi Tengah di tengah Indonesia hari ini, kata agensi meteorologi.

Menurut Xinhua, gempa bumi itu berlaku pada 8.44 pagi (waktu Jakarta) dengan pusat gempa terletak di 47 kilometer (km), timur laut daerah Sigi dan pada kedalaman 16 km.

Agensi itu berkata, gegaran itu bagaimanapun tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Pegawai unit kecemasan bencana wilayah dan agensi mitigasi, Riki Hapri berkata, gegaran gempa dirasai lemah di sebahagian wilayah Sulawesi Tengah dan setakat ini tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa, termasuklah di kawasan paling teruk dilanda.

November lalu, gempa bumi berukuran magnitud 5.6 melanda wilayah Jawa Barat, di pulau yang sama, mengorbankan 602 orang.

Kebanyakan mangsa gempa bumi itu terbunuh apabila bangunan runtuh atau terbabit dalam kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh gegaran berkenaan.

Gempa bumi berukuran magnitud 6.1 melanda pulau Sumatera di Indonesia pada 3 April lalu dan ia juga menggegarkan kediaman tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kerosakan.

Indonesia berada di lintasan melintasi apa yang dipanggil ‘Lingkaran Api Pasifik ‘, zon yang sangat aktif secara seismik, di mana plat berbeza di kerak bumi bertemu dan mencipta sejumlah besar gempa bumi dan aktiviti gunung berapi. – Bernama-Xinhua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *