Perahu dipukul ribut, mayat 2 beradik ditemui

Mayat dua beradik lelaki yang dikhuatiri lemas selepas perahu dinaiki dipukul ribut di perairan Kuala Sala, Kedah, awal pagi tadi, dijumpai petang ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata mayat Mohd Farizan Tajuddin, 41, dan abangnya Mohd Faudzi, 48, ditemukan di kawasan paya bakau.

“Kami telah dimaklumkan mengenai penemuan satu mayat yang tersangkut di dalam lumpur paya bakau oleh nelayan tempatan pada kira-kira 4.20 petang, dan mayat yang dijumpai ialah Mohd Farizan yang disahkan ahli keluarga mangsa.

“Pada 5.50 petang pula, mayat Mohd Faudzi dijumpai di kawasan berlumpur paya bakau tidak jauh dari mayat pertama ditemukan,” menurut laporan Bernama.

Beliau berkata kedua-dua mayat dibawa keluar anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan bantuan penduduk tempatan, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *