Majlis Ramah Mesra bersama MB Perlis

KANGAR – Khidmat Malaysia telah mengadakan majlis ramah mesra bersama MB Perlis bertempat di Kompleks PAS Perlis pada 7 Mei 2023.

Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli telah meluangkan masa bersama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Khidmat Malaysia sejurus selesai mesyuarat ALP kali keempat di sana.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh beliau ketika itu, beliau mengingatkan supaya semua yang terlibat dalam kerja-kerja membantu ini dapat berkerjasama dan saling membantu tidak kira sebelum, semasa atau selepas bencana agar gerak kerja ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lebih sistematik.

Beliau juga turut membantu dalam bencana ribut yang melanda Perlis baru-baru ini bersama Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis dalam kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang dan sebagainya.

Pengerusi Khidmat Malaysia Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berterima kasih kerana menerima kunjungan KM ke sana dan mendoakan agar Negeri Perlis mendapat manfaat dan berkat di bawah naungan MB Perlis.

Turut berlangsung sesi penyerahan sijil pelantikan kepada beberapa ALP baru Khidmat Malaysia yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perlis.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *