21 maut dalam kebakaran hospital

BEIJING: Seramai 21 orang terbunuh selepas kebakaran di sayap timur jabatan pesakit sebuah hospital di ibu negara China, semalam.

Beijing Daily melaporkan bahawa kebakaran kira-kira jam 12:57 tengah hari itu dapat dipadamkan selepas pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian di Hospital Changfeng.

Seramai 71 orang diselamatkan dan dipindahkan selepas kerja menyelamat. Setakat jam 6 petang, 21 orang meninggal dunia selepas dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan.

“Memang tragis. Saya dapat melihat kebakaran itu dari tingkap rumah saya. Ramai orang berdiri di atas unit penghawa dingin pada tengah hari, malah ada yang terjun,” kata seorang netizen Weibo.

Kebakaran hospital jarang berlaku di China dan pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran. – REUTERS

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *