GEJALA JEREBU ; PERTINGKATKAN KEWASPADAAN MENJELANG AIDILFITRI

1. Fenomena gejala jerebu bukanlah satu perkara yang baharu di negara kita kerana hampir setiap tahun, negara kita pastikan akan dilanda jerebu yang menjadi punca utama pencemaran dan pelbagai jenis penyakit.

2. Langit yang gelap dan berjerebu sehingga mengganggu jarak penglihatan dan menjadi punca masalah kesihatan akan menyebabkan langkah berhati-hati perlu dipertingkatkan.

3. Setiap tahun fenomena ini menjadi lebih teruk dan pernah mengakibatkan penutupan sesi persekolahan.

4. Di Malaysia, pembakaran haram secara besar-besaran menjadi punca utama jerebu kerana pembakaran merupakan kaedah yang lebih mudah berbanding kerja-kerja penebangan menggunakan mesin penggali atau lain yang biasanya melibatkan pokok dan tanaman.

5. Cuaca kering ketika ini menyebabkan insiden kebakaran berlaku melibatkan kawasan hutan dan kawasan tanah yang mempunyai pemilik seperti sawah padi.

6. Semalam, dilaporkan bahawa Kelantan, Kuala Lumpur, Johor mencatatkan bacaan indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat

7. Segamat di Johor berada pada tahap 152, sekali gus menjadi kawasan yang mencatatkan tahap udara tidak sihat yang tertinggi ketika ini.

8. Manakala Kota Bharu, Kelantan pula mencatatkan IPU pada 111, juga pada kategori tidak sihat diikuti Cheras, Kuala Lumpur yang mencatatkan IPU pada 103.

9. Turut berisiko tinggi dilanda jerebu ialah Tanah Merah yang kini mencatatkan IPU pada 100, Seberang Jaya (96), Nilai (96), Kuala Terengganu (95) dan Putrajaya (93).

10. Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), berbahaya (301-400), sangat bahaya (401-500) dan kecemasan (lebih 501).

11. Khidmat Malaysia, badan NGO yang memberikan tumpuan kepada bencana yang berlaku di dalam negara menasihatkan supaya seluruh warga negara mempertingkatkan kewaspadaan terhadap gejala ini.

i. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

ii. Elakkan atau tangguhkan dahulu pelaksanaan program fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan dahulu.

iii. Apabila berada di luar bangunan, sila gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

iv. Sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya mendapati diri tidak sihat.

12. Khidmat Malaysia juga mengingatkan supaya sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

13. Dalam masa yang sama, segala bentuk aktiviti pembakaran secara terbuka hendaklah dihentikan. Bersama-sama kita hadapi gejala jerebu dengan sebaiknya.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF

Pengerusi Khidmat Malaysia

Ahli Parlimen Rantau Panjang

17 April 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *