Khidmat Malaysia hadiri majlis Iftar di Sarawak

Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil telah menghadiri Majlis Iftar meraikan guru-guru TASTI, PASTI, SRITI dan SMITI sempena Majlis Pelancaran Dana Tabung Pendidikan Petrajaya, Sarawak pada 4 April 2023.
Turut bersama Setiausaha KM Pusat, Sdr. Mohd Ashrul Hisyam, Bendahari KM Pusat, Sdr. Mohd Aafiffuddin dan seorang Pegawai KM, Sdr. Muizzuddin.
Ketua Pengarah diberi peluang untuk berkongsi sedikit pengalaman dan nasihat kepada semua yang hadir tadi walaupun masa agak singkat.
Beliau juga diminta untuk melancarkan Tabung Pendidikan untuk mengutip dana pembangunan pendidikan di sana.
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH