Khidmat Malaysia turun padang sampaikan sumbangan untuk Bilik Operasi Banjir Johor


JOHOR BAHRU, 9 MAC 2023 – Khidmat Malaysia Pusat meneruskan bakti kepada rakyat khususnya golongan yang tidak bernasib baik melibatkan musibah banjir melanda di beberapa daerah di Johor Bahru.
Pengerusi Khidmat Malaysia, YB Dato’ Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff meluangkan masa memantau perkembangan terkini di kawasan terjejas banjir diiringi oleh Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil turun padang menyampaikan bantuan kepada bilik-bilik operasi Khidmat Malaysia antaranya di Simpang Renggam, Batu Pahat, Sri Gading dan beberapa kawasan lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada kesemua pihak yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa sepanjang musibah melanda.
Di dalam misi hari ini Khidmat Malaysia Johor juga menerima kunjungan dari pasukan Khidmat Malaysia Kedah dengan membawa lebih 10 kenderaan pelbagai guna berserta sumbangan merupakan dana dan pek-pek barangan asas makanan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Ahmad Yahaya juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam program tersebut, Pesuruhjaya PAS Johor Tuan Haji Abdullah Husin mengucapkan terima kasih atas sumbangan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung ketika ini dan yang tinggi nilainya menyantuni golongan dalam kesusahan.
Justeru Khidmat Malaysia menyeru kepada semua pihak untuk turut sama terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir di Johor dan sangat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak.
Sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir dan para petugas serta sukarelawan yang terlibat.
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan”
“Beramal Kerana Allah”






